BUTTERWORTH: Polis telah menahan wanita yang didakwa memukul ibu kandungnya dengan penyapu dan mengetuk kepala dengan telefon bimbit hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditahan di Flat Bagan Dalam, Butterworth jam 11. 20 pagi Ahad susulan laporan polis dibuat ibunya.
"Berdasarkan siasatan, suspek tidak mengaku memukul ibunya dengan penyapu dan telefon bimbit," katanya.
"Bagaimanapun pihak polis menahan reman suspek selama empat hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut." katanya ketika dihubungi pada Ahad.
BACA: Berang teman lelaki disuruh keluar, anak ketuk kepala ibu dengan telefon bimbit
Noorzainy berkata polis turut merampas sebatang penyapu plastik yang dipercayai digunakan suspek sewaktu memukul ibunya.
Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif.
Menurut Norzainy, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian semalam, suspek dikatakan telah memukul ibu kandungnya dengan sebatang penyapu, kerana berang dengan tindakan wanita itu meminta teman lelakinya keluar dari rumah.
Dalam kejadian jam 10 pagi di Pangsapuri Sri Bagan, Butterworth itu, wanita berusia 59 tahun itu turut diketuk dengan telefon bimbit di kepala selain diugut bunuh oleh anak perempuannya itu.
Astro Awani
Sun Apr 25 2021
Polis telah menahan wanita yang didakwa memukul ibu kandungnya dengan penyapu dan mengetuk kepala dengan telefon bimbit hari ini. - Foto PDRM
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Boleh perluas teksi air jika dapat sambutan - Chow
Perkhidmatan teksi air boleh diperluaskan ke Seberang Perai sekiranya pelaksanaan pengangkutan itu di bahagian Pulau mendapat sambutan menggalakkan.
Brek rosak, lori rempuh enam kereta di persimpangan lampu isyarat
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seorang pemandu mengalami cedera ringan dalam insiden jam 10.45 pagi Sabtu itu.
Penduduk Pulau Pinang lega bekalan air mula pulih
Pengguna di Seberang Perai dan bahagian pulau di Pulau Pinang yang terjejas dengan gangguan bekalan air mula mendapat semula bekalan sejak semalam.
Gangguan air berjadual empat hari di Pulau Pinang bermula esok
Kira-kira 590,000 penduduk Pulau Pinang akan berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 6 pagi esok.
Premis dikendali warga asing, 291 kes diambil tindakan - MBSP
Sebanyak 291 kes melibatkan premis yang disyaki dikendalikan warga asing telah diambil tindakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sekitar Seberang Perai, sepanjang tahun ini.
200,000 pengguna di Barat Daya, Seberang Perai alami gangguan bekalan air
Gangguan itu berikutan penutupan sementara saluran paip sebesar 1,350 milimeter (mm) di Sungai Perai yang pecah.
Citadines Prai Penang tawar pengalaman berbeza
Citadines Prai Penang menawarkan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang mahukan suasana 'rumah ' ketika bercuti ke Pulau Pinang.
Tular: Polis buru lelaki tunjuk kemaluan
Polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita seperti dalam video tular di laman Twitter sejak Ahad.
Kanak-kanak lelaki usia dua tahun maut kebakaran bilik
Kebakaran melibatkan sebuah bilik di rumah flat di tingkat dua bangunan empat tingkat dengan anggaran kemusnahan 20 peratus.